Tuesday, September 22, 2009

MELAMIN

Penambahan melamin boleh meningkatkan kandungan protein kerana ia kaya denganmolekul nitrogen untuk meresap kedalam susu. Bahan kimia ini telah diharamkan di China (dan banyak negara lain) kerana kesan sampingannyaboleh merosakkan buah pinggang dan sistem perkencingan pada manusia dan binatang. Penggunaan melamin ini jugalah yang telah menyebabkan makanan binatang telah ditarik dari pasaran Eropah dan US pada March 2007. Sebelum ini isu susu berplumbum dan ramuan wei di dalam susu turut menggusarkan pengguna.

Walau apapun isunya, susu adalah makanan yang paling lengkap dan berkhasiat terutamanya kepada bayi dan kanak-kanak. Ia mengandungi enam kelas makanan yang amat diperlukan oleh tubuh iaitu karbohitrat, lemak, protein, semua jenis vitamin, mineral dan air. Ia berkhasiat untuk merawati kesihatan umum dan merupakan penawar pelupaan yang berkesan. Rasullullah s.a.w menerangkan susu boleh menguatkan belakang, menambahi akal, memperbaiki penglihatan dan menghindari penyakit lupa.

Susu yang dikeluarkan oleh Darulaman Homeopathic Laboratories (M) Sdn. Bhd. (HOMEOLAB) telah diimport dari New Zealand setelah syarikat berpuas hati dengan tahap pemprosesan dan kualiti susu yang dikeluarkan serta yakin dengan kredibiliti pembekal. Susu keluaran HOMEOLAB ini dipasarkan oleh EEM yang terdiri dari 3 jenis susu iaitu BIO-LAC,INTEL-LAC dan GASTRO-LAC. Alhamdulillah! Setakat ini susu keluaran EEM selamat, bersih seta halal lagi baik dan boleh dikonsumi tanpa was-was. Teristimewa susu ini telah diformulasikan dengan BTS yang bersesuaian dengan keperluan tubuh.

No comments: