Tuesday, September 22, 2009

SUSU EEM SELAMAT, HALAL LAGI BAIK


Sekandal susu bayi 2008 ditandai dengan insiden keselamatan bayi yang telah melanda negara China membabitkan susu dan makanan bayi bercampur dengan melamin. Pada 22 september lalu, susu tercemar ini telah menyebabkan hampir 53,000 sakit, lebih 12,800 telah masuk hopital dan empat kanak-kanak meninggal dunia. Jumlah mangsa semakin meningkat saban hari, walaupun pelbagai usaha dilakukan untuk menarik susu disyaki tercemar ini dari pasaran. Dunia menjadi panik kerana salah satu makanan utama sudah tidak selamat diminum malah menggugat institusi kekeluargaan.


Di Malaysia sendiri, penggekangan susu yang diimport dari China dibuat sejak awal tahun lagi (kerana isu penyakit kuku dan mulut). jadi, tempias dari bentuk susu yang diminim agaak terkawal. tetapi sebaliknya penggunaan melamin di dalam makanan menjadi agak "panas" apabila beberapa jenis gula, biskut, kek yang menggunakan produk tenusu pula disita. Belumpun reda kes susu, China sudah mengeluarkan amaran ikan-ikannya pun sudah tidak selamat dimakan, kerana telah dikenalpasti paras melamin yang tinggi di dalam "pallate" (makanan) ikan. Jika sebelum ini masyarakat hanya sinonim melamin dengan pinggan-mangkuk, dan peralatan plastik, kini pengetahuan tentang bahan tersebut bertambah secara mendadak.

No comments: